Pages

Friday, 28 December 2012

Mengapa sukar memaafkan ?

Assalamualaikum sahabat sekalian , tajuk di atas bukan untuk menyindir tetapi sekadar perkongsian ilmu ya . ingat ya jika kita ingin berdakwah janganlah menyindir wahai sahabat . Buktinya :

  

Seandainya kita berdakwah dengan menyindir sesama sendiri, maka itu dah menjatuhkan martabat kita sebagai umat terbaik kerana manusia akan saling benci-membenci. Tetapi seandainya kita menunjukkan akhlak yang baik dan memberi layanan yang baik dalam berdakwah, insyaAllah pasti berkesan menarik hati sesiapa saja yang mendengar, membaca, melihat, dan lain-lain kerana itulah cara kita. Umat Terbaik ! :)

 
kebahagiaan atau penderitaan tak perlu mencari siapa yg bersalah . kita perlu memaafkan orang lain yg telah menyakiti hati kita .mohonlah keampunan kpd Allah untuknya dan sikap itu membuatkan anda termasuk orang yg diberikan rahmat Allah . 

Allah memberikan dua pilihan membalasnya perbuatannya atau memaafkan . jika anda tidak membalas tetapi bersabar dan memaafkan maka Allah ampunkan dosa - dosa kita dan Allah mengurniakan kehidupan yang indah , bahagia dan sihat .

ini sahaja titipan hari ini , yang baik datang dari Allah . yang buruk datang dari Mira . Ilmu yg ada hanya pinjaman oleh Allah . oleh itu , jangan kedekut ilmu .